Categories
Uncategorized

Kedah Islamic Asset Management Berhad (KIAM) diperbadankan pada 10 September 1994 dan memulakan operasinya pada 1 November tahun yang sama. KIAM merupakan syarikat milik penuh Permodalan Kedah Berhad (PKB) dengan modal berbayar berjumlah RM8,418,000.

Penukaran nama daripada Amanah Saham Kedah Berhad kepada KIAM berkuatkuasa pada 11 Mac 2015. Pertukaran nama syarikat adalah selaras dengan perkembangan aktiviti syarikat yang tidak hanya tertumpu kepada pengurusan unit amanah, malahan juga pengurusan portfolio.

KIAM memiliki Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (Capital Markets And Services Act @ CMSA). Lesen tersebut memberi kebenaran untuk menjalankan urusan pemasaran unit amanah saham dan menguruskan dana.

a. Pengurusan Amanah Saham

KIAM menguruskan Tabung Amanah Saham Kedah (ASK) dengan tertakluk kepada CMSA, Garispanduan Tabung Unit Amanah dan syarat-syarat tambahan yang dikenakan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia kepada Amanah-amanah Saham Negeri.

b. Pengurusan Portfolio

KIAM menawarkan juga perkhidmatan pengurusan portfolio kepada institusi-institusi, agensi-agensi kerajaan dan badan-badan korporat bermula dari tahun 2007.

PROFIL SYARIKAT

Syarikat Pengurusan Kedah Islamic Asset Management Berhad
Syarikat Induk Permodalan Kedah Berhad
No. Pendaftaran 315167-P
Tarikh Diperbadankan 10 September 1994
Tarikh Mula Operasi 1 November 1994
Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember
No. Telefon & Faksimili 04-7300323 & 04-7300320
Alamat email ask@kiam.com.my
Pejabat berdaftar dan perniagaan 178 Lebuhraya Sultanah Bahiyah
05350 Alor Setar, Kedah Darul Aman
Aktiviti Korporat Pemasaran Tabung Unit Amanah
dan Pengurusan Dana
Modal dibenar RM10,000,000
Modal berbayar RM8,418,000
Dana Pemegang Saham (31/12/2019) RMXXXXXX
Ketua Eksekutif Adi Harriman bin Abdul Majid
Setiausaha Syarikat
Jumlah Kakitangan 8 orang
Juruaudit & Akauntan Melapor Tetuan Jamal, Amin & Partners
Peguambela & Peguamcara Tetuan Abdul Halim Said & Co
dan Tetuan Hoe & Ahmad Zaki
Bank-Bank CIMB Islamic Bank Bhd
Keahlian Professional Federation of Investment Managers Malaysia
(FIMM)
Juruaudit AljeffriDean – Juruaudit Syarikat
Jamal Amin & Partners – Juruaudit Tabung ASK