KEDAH ISLAMIC ASSET MANAGEMENT BERHAD

Home / KEDAH ISLAMIC ASSET MANAGEMENT BERHAD

Kedah Islamic Asset Management Berhad (KIAM) merupakan anak syarikat milik penuh Permodalan Kedah Berhad dan telah diperbadankan pada 10 September 1994 di bawah Akta Syarikat 1965.

KIAM dahulunya dikenali sebagai Amanah Saham Kedah Berhad. Penukaran nama pada 29 Jun 2015 adalah bagi tujuan penjenamaan semula dan juga bagi menggambarkan aktiviti syarikat yang bukan hanya menguruskan amanah saham tetapi juga menguruskan portfolio.

KIAM yang berlesen di bawah Akta Pasaran Modal & Perkhidmatan 2007, berpengalaman selama lebih 20 tahun di dalam industri unit amanah dan pengurusan dana. Pada masa ini, KIAM mengurus empat dana, iaitu satu tabung unit amanah dan tiga dana institusi, dengan nilai pelaburan pada 30 Jun 2017 berjumlah RM47.43 juta

Tugas utama Pengurus termasuk menentukan matlamat pelaburan, mengurus pelaburan Tabung ASK, mengatur penjualan dan pembelian unit-unit, pengagihan pendapatan atau unit-unit tambahan kepada Pemegang Unit dan menyimpan rekod-rekod Tabung ASK dengan baik

Tugas Pengurus bagi portfolio pelanggan ialah menguruskan dana dan aset pelanggan dan melaporkan kedudukan pelaburan secara berkala.