MAKLUMAT KORPORAT

Home / MAKLUMAT KORPORAT

LEMBAGA PENGARAH

  1. Dato’ Paduka Haji Bakar bin Din
  2. Prof. Dato’ Wira Dr. Mohd. Salleh bin Haji Din
  3. Prof. Dr. Rushami Zien bin Yusoff
  4. Encik Adi Harriman Bin Abdul Majid

JAWATANKUASA PELABURAN

1. Dato’ Paduka Haji Bakar bin Din (Ahli Bukan Bebas)

Beliau adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Beliau pernah menjadi Pegawai Kewangan Negeri Kedah Darul Aman dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan). Beliau berpengalaman di dalam pengurusan kewangan negeri selain pengurusan pembangunan bandar dan daerah di negeri Kedah. Beliau memegang Ijazah Sarjana Sains Polisi, Universiti Saitama Tokyo dan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Ekonomi, Universiti  Malaya. Beliau dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah dan Ahli Jawatankuasa Pelaburan KIAM pada 8 April 2015.

2. Prof. Dato’ Wira Dr. Mohd. Salleh bin Haji Din (Ahli Bebas)

Beliau berpengalaman luas di dalam bidang perakaunan, keusahawanan, pentadbiran akademik dan pengurusan profesional. Beliau pernah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Bank Pembangunan Dan Infrastruktur Malaysia Bhd. Beliau adalah Ahli Majlis Penasihat Institut Keusahawanan Negara dan Majlis Agama Islam Negeri Kedah dan banyak menghasilkan buku berkaitan keusahawanan, kewangan dan pengurusan. Beliau juga pernah menduduki Kerusi Tun Abdul Razak bagi Pengajian Asia Tenggara di Ohio Universiti, Amerika Syarikat. Beliau memiliki PhD (Keusahawanan & Perniagaan Kecil), University of Durham, England dan MBA (Kewangan & Pemasaran), Miami University, Oxford, Ohio. Prof. Dato’ Wira dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah dan Ahli Jawatankuasa Pelaburan KIAM pada 1 Ogos 2000.

3. Encik Ameer Ali Bin Vali Mohamed (Ahli Bebas)

Beliau berpengalaman luas dalam bidang pengurusan syarikat unit amanah dan pelaburan, pasaran modal dan pasaran modal Islam serta pengurusan dan perancangan kewangan. Ameer, 53, pernah bertugas sebagai ketua eksekutif untuk tiga buah syarikat pengurusan pelaburan, dan KIAM ialah salah satu daripadanya. Antara lain, beliau juga pernah memegang jawatan-jawatan Ketua Pegawai Pelaburan, Ketua Penyelidikan, dan Ketua Pembangunan Perniagaan. Ameer kini ialah seorang jurulatih yang disahkan oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB/HRDF), pengarah bukan eksekutif Afsha Shariah Advisory Sdn Bhd, sebuah syarikat penasihat Syariah yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan ahli jawatankuasa pelaburan, Universiti Malaysia Perlis. Beliau juga berupa seorang “Registered Financial Planner” (RFP), Malaysian Financial Planning Council (MFPC). Beliau memperolehi BBA (Hons) dari Universiti Islam Antarabangsa pada tahun 1988. Beliau dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa KIAM pada 1 Oktober 2017.

Jawatankuasa Pelaburan lazimnya bermesyuarat 4 kali setahun.

AHLI MAJLIS PENYELIAAN SYARIAH

1. Y Bhg Dato’ Setia Jaya Dato’ Paduka Syeikh Hasbullah Bin Haji Abdul Halim

Beliau berpengalaman luas berhubung undang-undang Syariah di mana beliau berupa mantan Mufti Negeri Kedah Darul Aman dari tahun 2002 hingga 2009. Beliau merupakan Pengerusi Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah Kedah/Perlis, Ahli Jawatankuasa Lembaga Teks Al Quran Kementerian Dalam Negeri Malaysia dan pernah memegang jawatan sebagai Kadi Besar dan Ketua Hakim Syarie selama 7 tahun. Di samping itu, Dato’ Paduka juga pernah dilantik sebagai Timbalan Kadi Besar, Setiausaha Baitulmal serta pelbagai jawatan lain di Negeri Kedah. Dato’ Paduka telah menganggotai Majlis Penyeliaan Syariah KIAM sejak 28 September 2004

2. Y Bhg Dato’ Wira Syeikh Yahaya Bin Haji Jusoh

Beliau merupakan bekas Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah dan juga bekas Yang Di Pertua Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Kadi daerah Pendang, Bandar Baharu dan Kota Setar, Pendaftar Mahkamah Syariah Negeri Kedah, Timbalan Kadi Besar Kedah Utara dan Kedah Tengah serta Ketua Penerangan dan Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah. Dato’ Syeikh Yahaya telah menganggotai Majlis Penyeliaan Syariah KIAM sejak 1 November 1998.

3. Y Bhg Prof. Dr. Md Amin Bin Abdul Rahman

Belaiu berpengalaman luas berhubung pendidikan Undang-undang Islam. Beliau pernah memegang jawatan sebagai seorang guru di sekolah Menengah Goergetown, Pulau Pinang dan Pensyarah di Pusat Pendidikan Islam, Universiti Teknologi MARA. Prof. Madya Dr. Mohd Amin telah menganggotai Majlis Penyeliaan Syariah KIAM pada 27 Mei 2015.

PENGURUSAN

1. Adi Harriman Bin Abdul Majid – Ketua Eksekutif 50 tahun, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan & Kewangan dari Liverpool Polytechnic, United Kingdom pada tahun 1990. Memulakan kerjaya sebagai Pegawai Kewangan di sebuah syarikat broker saham pada tahun 1991, beliau berpengalaman luas di dalam bidang akaun dan operasi syarikat broker saham. Encik Adi Harriman menyertai KIAM sejak penubuhannya pada tahun 1994. Beliau pernah mengetuai Jabatan Kewangan dan Pentadbiran KIAM selama 17 tahun dan menjadi Pemangku Ketua Eksekutif KIAM mulai 1 April 2012 sehingga 28 Februari 2013. Beliau dilantik sebagai Ketua Eksekutif KIAM pada 1 Mac 2013. Beliau adalah pemegang lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal di bawah Akta Pasaran Modal Dan Perkhidmatan 2007.dan berpengalaman di jabatan-jabatan lain di dalam syarikat sebelum menyertai Jabatan Pelaburan dan Penyelidikan pada Oktober 2016.

2. Nor Akmar Rashid binti Zainol Rashid – Eksekutif Kanan. Beliau adalah Pegawai Yang Dilantik (“Designated Person”) bertanggungjawab ke atas urusan pematuhan dan berdaftar dengan pihak SCM. Beliau menyertai KIAM sejak penubuhannya dan berpengalaman di jabatan-jabatan lain di dalam syarikat sebelum dilantik sebagai Eksekutif Pematuhan pada Mac 2017. Beliau bertanggungjawab membuat semakan pematuhan dan melapor secara berkala kepada Lembaga Pengarah, Jawatankuasa Pelaburan, Majlis Penyeliaan Syariah serta Jawatankuasa Audit, Pematuhan dan Pengurusan Risiko KIAM. Beliau bertindak sebagai ‘liaison person’ dengan pihak SCM.

PENGURUS DANA LUARAN YANG DILANTIK BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS PENGURUSAN PELABURAN

KAF Investment Funds Berhad (KIFB) dilantik sebagai Pengurus Dana Luaran yang bertanggungjawab ke atas pengurusan pelaburan Tabung ASK dan semua portfolio.

Perlantikan KIFB berkuatkuasa 15 Mac 2018 bagi menguruskan pelaburan Tabung ASK mengikut terma Perjanjian Pengurusan Pelaburan yang telah ditandatangani. KIFB adalah pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.

KIFB adalah anak syarikat milik KAF Seagroatt & Campbell Berhad dan ditukar nama sebagai KAF Investment Funds Berhad berkuatkuasa pada 15 April 2013 melalui pengambilalihan kepentingan majoriti oleh Alliance Investment Management Berhad.

KIFB telah mengumpulkan lebih daripada 22 tahun pengalaman dalam pengurusan dana dengan pelancaran KAF First Fund pada tahun 1996 dan pada 31 Januari 2018 KIFB mempunyai 18 skim pelaburan kolektif dengan jumlah nilai aset melebihi RM2.6 bilion dalam rangkaian penawarannya yang meliputi pelbagai jenis dana dengan profil risiko yang berlainan.

Sebagai Pengurus Dana, KIFB bertanggungjawab ke atas pengurusan aset, pemilihan pelaburan dan perlaksanaan keputusan pelaburan.  Mereka juga dikehendaki melaporkan secara harian kepada Pengurus mengenai butiran semua transaksi pelaburan bagi membolehkan Pengurus membuat pengiraan NAB Tabung ASK.  Selain daripada itu, KIFB juga dikehendaki menyediakan laporan bulanan untuk dikemukakan kepada Jawatankuasa Pelaburan KIAM.

 

Setiausaha Syarikat
Noorma binti Mohd. Zain (LS 8884)

PEMEGANG AMANAH
CIMB Islamic Trustee Berhad (167913-M)
Aras 13, Menara CIMB Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral 50470 Kuala Lumpur

WAKIL KEPADA PEMEGANG AMANAH
CIMB Islamic Bank Berhad (671380-H) Aras 13, Menara CIMB Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral 50470 Kuala Lumpur

JURUAUDIT SYARIKAT PENGURUSAN
AljefriDean No. 3A, Tingkat Satu, Wisma Bandaran, Jalan Ibrahim 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman

JURUAUDIT TABUNG & AKAUNTAN MELAPOR
Jamal, Amin & Partners No. 22D, 1st Floor, Jalan Teluk Wanjah 05200 Alor Setar, Kedah

PERUNDING PERCUKAIAN
Jamal, Amin Tax Services Sdn. Bhd. No.22D, 1st & 2nd Floor, Jalan Teluk Wanjah 05200 Alor Setar, Kedah

PEGUAMBELA & PEGUAMCARA
Tetuan Hoe & Ahmad Zaki (Peguambela & Peguamcara), No. 1564, Tingkat 2, WiSma Southern Bank Jalan Kota, 05000 Alor Setar Kedah Darul Aman
Tetuan Abdul Halim Said & Co. Suite 25-29, Tingkat Dua Bangunan Lembaga Padi Jalan Tunku Ibrahim, 05000 Alor Setar Kedah Darul Aman

BANK-BANK
CIMB Islamic Bank Berhad 1583, Bangunan UMNO Jalan Tunku Ibrahim 05000 Alor Setar Kedah Darul Aman