PELABURAN BERTERASKAN SYARIAH

Home / PELABURAN BERTERASKAN SYARIAH

Pengurus menetapkan semua portfolio yang diuruskan adalah berteraskan prinsip Syariah berdasarkan Garispanduan Syariah KIAM yang digariskan oleh Majlis Penyeliaan Syariah KIAM.

Antara ringkasan garispanduan utama yang ditetapkan adalah seperti berikut :-

(i) Semua pelaburan menggunapakai penilaian yang dibuat oleh Majlis Penasihat Syariah SCM (SAC-SCM) di dalam menentukan sekuriti tersenarai yang menepati prinsip Syariah dan dibenarkan untuk melabur.

(ii) Bagi sekuriti yang belum dibuat penilaian oleh SAC-SCM, khususnya sekuriti yang belum dan di dalam proses untuk disenaraikan di Bursa Malaysia, sekuriti tersebut boleh membeli dahulu (saham yang ditawarkan) pada asas harus melainkan telah jelas perniagaan syarikat berkenaan tidak menepati prinsip Syariah.

(iii) Bagi sekuriti yang tidak disenaraikan, status patuh Syariah sekuriti berkenaan akan dinilai sendiri oleh Majlis Penyeliaan Syariah KIAM.

(iv) Bagi sekuriti yang statusnya berubah kepada tidak patuh Syariah, pengurusan mengunapakai garispanduan terkini pelupusan saham syarikat tidak patuh Syariah mengikut kaedah yang disarankan oleh SAC-SCM, kecuali kebenaran melanggan sekuriti patuh Syariah syarikat lain yang ditawarkan oleh syarikat tidak patuh Syariah berkenaan. (v) Pengurusan tidak berkewajipan untuk membayar zakat bagi pihak pelanggan. Kewajipan membayar zakat adalah terletak ke atas pemegang unit amanah saham atau pelanggan portfolio.