TABUNG AMANAH SAHAM KEDAH

Home / TABUNG AMANAH SAHAM KEDAH

Objektif Tabung Amanah Saham Kedah (ASK) adalah untuk memberikan pelabur suatu peluang peningkatan modal dan pengagihan pendapatan melalui pelaburan yang berteraskan prinsip Syariah pada tahap risiko yang munasabah.

Bagi mencapai objektif ini serta meminimakan risiko, Tabung ASK melabur dalam pelbagai sektor pelaburan setelah kajian yang mendalam dilaksanakan.  Di samping itu, Pengurus juga membuat penempatan pelaburan mengikut nisbah yang fleksibel di antara pelaburan ekuiti dan pasaran wang, berdasarkan keadaan semasa pasaran. Namun begitu, walaupun langkah awal dan kajian terperinci telah diambil, prestasi pelaburan Tabung adalah tertakluk kepada turun naik harga pasaran saham syarikat yang dilabur yang dipengaruhi oleh pelbagai faktor, seperti perubahan ekonomi, pasaran dan faktor dalaman syarikat berkenaan, yang secara umumnya adalah di luar kawalan pihak Pengurus.

Para pelabur juga perlu mengambil maklum risiko-risiko khusus melabur di dalam Tabung ASK ini yang boleh memberi kesan terhadap usaha mencapai objektif pelaburan, antaranya perubahan status kaunter yang diluluskan, risiko kecairan, risiko pematuhan dan tiada jaminan agihan pendapatan dan kenaikan modal. Sehubungan itu, Tabung ASK ini adalah sesuai untuk pelabur yang menitikberat pelaburan berteraskan prinsip Syariah bertujuan memperolehi pulangan kenaikan modal dan pengagihan pendapatan yang wajar dengan tahap risiko yang munasabah untuk jangkamasa sederhana/panjang antara 3-5 tahun.

RINGKASAN TABUNG

Kategori Tabung – Tabung Ekuiti Berteraskan Syariah

Jenis Tabung – Tabung Pendapatan Dan Pertumbuhan

Syarat Kelayakan Pelabur – Bumiputera Malaysia berumur 18 tahun ke atas atau syarikat/institusi milik Bumiputera

Objektif Pelaburan – Untuk memberikan pelabur suatu peluang peningkatan modal dan pengagihan pendapatan melalui pelaburan yang berteraskan prinsip Syariah pada tahap risiko yang munasabah

Strategi Utama Pelaburan – Pendekatan strategi secara pro-aktif melalui : (i) Peruntukan aset strategik yang pada asasnya mempunyai peruntukan minima 70% aset di dalam ekuiti dan selebihnya di dalam pasaran wang; (ii) Peruntukan sektor-sektor strategik ; (iii) Pemilihan saham-saham strategik berdasarkan kepada matlamat pelaburan yang pelbagai, iaitu pelaburan teras, pelaburan berdasarkan nilai, pelaburan berdasarkan unjuran pertumbuhan pendapatan

Tanda Aras Prestasi – Mengguna pakai Indeks FTSE Bursa Malaysia EMAS Shariah (FBM EMAS Shariah).

Risiko Utama Melabur Dalam Tabung ASK – Risiko pasaran, risiko saham tertentu, risiko syarikat pengurusan, risiko kredit, risiko meminjam untuk melabur, perubahan status ”kaunter yang diluluskan”, risiko kecairan, risiko pematuhan, tiada jaminan agihan pendapatan serta kenaikan modal

Polisi Pengagihan Pendapatan – Pengagihan tahunan/interim (jika ada) berdasarkan jumlah pulangan Tabung ASK.

Tahun Kewangan Tabung ASK – Dalam tempoh 12 bulan berakhir pada hari terakhir bulan Februari setiap tahun

NOTA:  PARA PELABUR HENDAKLAH BERGANTUNG PADA PENILAIAN MEREKA SENDIRI UNTUK MENILAI MERIT DAN RISIKO PELABURAN. JIKA PELABUR TIDAK MAMPU MEMBUAT PENILAIAN MEREKA SENDIRI, PELABUR DINASIHATI UNTUK BERUNDING DENGAN PENASIHAT PROFESIONAL