Prof. Emeritus Dato’ Wira Dr. Mohd. Salleh bin Haji Din (Ahli Bebas)
Kelayakan :
– Program “Post Graduate Advance Management”, The Wharton School, University of Pennsylvania
– Ph.D (Keusahawanan & Perniagaan Kecil), University of Durham
– MBA (Kewangan & Pemasaran), Miami University, Oxford, Ohio
– B.Sc (Perakaunan), Miami University, Oxford, Ohio
Pengalaman : Berpengalaman luas di dalam bidang perakaunan, keusahawanan, pentadbiran akademik dan pengurusan profesional. Beliau pernah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Bhd. Beliau adalah Ahli Majlis Penasihat Institut Keusahawanan Negara dan Majlis Agama Islam Negeri Kedah, dan banyak menghasilkan buku berkaitan keusahawanan, kewangan dan pengurusan. Beliau juga pernah menduduki Kerusi Tun Abdul Razak bagi Pengajian Asia Tenggara di Ohio University, Amerika Syarikat. Beliau dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah dan Ahli Jawatankuasa Pelaburan KIAM pada 1 Ogos 2000.
Prof. Dr. Rushami Zien bin Yusoff (Ahli Bebas)
Kelayakan :
– Doctor of Philosophy-Management Centre, University of Bradford, England
– Master in Business Administration, Western Illinois University, Macomb, Illinois
– Bachelor in Business Administration, Western Illinois University, Macomb, Illinois
– Advanced Diploma in Business Administration, MARA Institute of Technology
Pengalaman : Berpengalaman luas di dalam bidang perniagaan, perancangan korporat dan pengurusan. Beliau berkhidmat selama lebih 20 tahun sebagai Pensyarah di Kolej Perniagaan Universiti Utara Malaysia. Beliau pernah berkhidmat sebagai Penolong Pengurus di Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah, khususnya bertanggungjawab dalam perancangan korporat. Beliau dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah KIAM pada 15 Oktober 2008 dan Ahli Jawatankuasa Pelaburan KIAM pada 12 Februari 2019.
Encik Mohd Azad bin Jasmi
Kelayakan :
– Master Of Science (Housing), Universiti Sains Malaysia
– Bachelor Of Management With Honours (Marketing), Universiti Sains Malaysia
Pengalaman : Berpengalaman luas di dalam bidang pengurusan strategik, strategi korporat, isu keusahawanan, pembangunan perniagaan dan latihan kepimpinan serta perniagaan antarabangsa. Beliau juga mempunyai minat mendalam dalam sektor automotif, sukan permotoran dan penjagaan kesihatan. Pernah menjadi pengajar pemanduan yang berkelayakan dan terlibat sebagai pemandu ujian dan juga sebagai wartawan permotoran. Beliau membawa 20 tahun pengalaman luas dan memegang banyak jawatan di pelbagai syarikat automotif, antaranya Proton, KIA, NAZA, Chevrolet, General Motors, DRB-Hicom dan Kleeman Asia Pasifik. Dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Kedah Berhad pada November 2023. Beliau dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah KIAM pada 8 Mei 2024 dan Ahli Jawatankuasa Pelaburan KIAM pada 18 April 2024.