NOTIS PENTING KEPADA PELANGGAN DAN ORANG AWAM
Penamatan Hubungan dengan Precious Amber International Berhad
Kedah Islamic Asset Management Berhad ("KIAM") ingin memaklumkan kepada semua pelanggan, pelabur dan pihak berkepentingan bahawa berkuat kuasa serta-merta, KIAM tidak lagi mempunyai sebarang hubungan, kerjasama, urusan perniagaan atau penglibatan dalam apa jua bentuk dengan Precious Amber International Berhad ("PAIB").
Kerjasama yang pernah dijalinkan antara KIAM dan PAIB sebelum ini telah ditamatkan sepenuhnya. Sehubungan itu, PAIB tidak lagi mempunyai sebarang kuasa atau kebenaran untuk bertindak bagi pihak KIAM, menggunakan nama, logo, lesen, jenama atau membuat sebarang representasi yang boleh memberi gambaran bahawa PAIB masih mempunyai hubungan atau kaitan dengan KIAM.
KIAM juga ingin memaklumkan bahawa Hajjah Nur Arina Bashir telah ditamatkan perkhidmatannya di KIAM berkuat kuasa pada 30 Julai 2025. Sehubungan itu, beliau tidak lagi mempunyai sebarang jawatan, kuasa, autoriti atau hubungan dengan KIAM dan tidak dibenarkan mewakili atau bertindak bagi pihak KIAM dalam apa jua urusan. Oleh yang demikian, sebarang representasi, komunikasi, promosi, tawaran, arahan pelaburan atau aktiviti yang dibuat oleh PAIB atau mana-mana individu yang mendakwa bertindak bagi pihak KIAM selepas tarikh-tarikh tersebut adalah bukan di bawah pengetahuan, kawalan atau tanggungjawab KIAM.
Bagi tujuan ketelusan kepada pelanggan serta selaras dengan keperluan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, KIAM juga ingin memaklumkan bahawa sepanjang tempoh kerjasama tersebut, KIAM telah menerima "soft commission" sebanyak 0.5%, bersamaan RM22,275, di bawah pengaturan komersial yang dipersetujui antara KIAM dan PAIB sebagai balasan bagi perkhidmatan yang diberikan oleh KIAM sepanjang tempoh kerjasama tersebut.
Sebagai sebahagian daripada langkah-langkah yang diambil bagi melindungi kepentingan pelanggan dan syarikat, KIAM telah mengeluarkan surat makluman kepada semua pelanggan yang terlibat pada 22 April 2026 bagi memaklumkan kedudukan semasa berhubung status pelaburan mereka. KIAM juga telah melantik peguam bagi mewakili kepentingan syarikat dalam perkara ini.
Di samping itu, KIAM telah mengemukakan representasi kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia melalui peguam syarikat pada 31 Mac 2026, dan representasi tersebut telah diterima oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk tindakan selanjutnya. KIAM juga telah membuat laporan polis berhubung penggunaan tanpa kebenaran nama dan identiti korporat KIAM dalam akaun media sosial yang dikaitkan dengan PAIB. Tindakan tersebut diambil bagi melindungi kepentingan syarikat serta mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pelanggan dan orang awam.
KIAM turut menasihatkan semua pelanggan supaya mendapatkan pengesahan terus daripada KIAM melalui saluran komunikasi rasmi syarikat sekiranya menerima sebarang komunikasi, tawaran, promosi atau arahan pelaburan yang menggunakan nama KIAM atau mendakwa mempunyai hubungan dengan KIAM.
KIAM kekal komited untuk menjalankan operasinya dengan penuh integriti serta mematuhi semua kehendak undang-undang, garis panduan dan keperluan kawal selia yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. KIAM akan terus mengambil segala langkah yang sewajarnya bagi melindungi kepentingan pelanggan, memastikan pematuhan kepada keperluan kawal selia serta mengekalkan standard tadbir urus korporat yang tinggi.
KEDAH ISLAMIC ASSET MANAGEMENT BERHAD
Islamic Investing Made Simple and Transparent
Grow your wealth with confidence through Kedah Islamic Asset Management Berhad — a modern, secure, and fully Shariah-compliant investment platform designed for your financial success
Trustees:
Licensed by:
Custodian Bank:
ASK Fund Profile & Information
Key profile details, investor guidance, and important notices related to Tabung Amanah Saham Kedah (ASK).
Zakat Payment Requirement
Tabung Amanah Saham Kedah (ASK) was launched on 27 February 1995 by YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad.
ASK is a Shariah-based unit trust fund. Its objective is to provide an effective Shariah-compliant investment mechanism to enhance and mobilise savings from a broad segment of the Bumiputera community, enabling them to participate in the capital market and to share more fairly and equitably in the wealth distribution of the state and the nation.
ASK is managed by Kedah Islamic Asset Management Berhad (KIAM), formerly known as Amanah Saham Kedah Berhad.
For your information, KIAM as the Manager of ASK does not make zakat payments on investments for ASK investors. The obligation to pay zakat lies with the investors themselves. However, investors may contact KIAM to obtain their respective investment information for zakat calculation purposes. Investors are also advised to refer directly to the Zakat Board in their respective states for guidance on the proper method of calculating and paying investment zakat.
Internet Disclosure Risk
more infoWe will contact investors directly to obtain any required information. Investors should remain cautious and should not respond to any message requesting personal information through the internet. If you receive a suspicious message claiming to be from KIAM, please verify it with us.
Investors are advised to understand the risks associated with any information displayed on the internet in general, and on the KIAM website in particular.
Investors are advised to be aware of risks related to information on the internet. We will not request personal information through our website.
Investors are advised not to respond to any message requesting personal information through the internet or the KIAM website. Investors are also encouraged to verify with us any suspicious message purportedly sent by KIAM by contacting us through the provided telephone number.
For any enquiries or further information, you may contact us at 04-7300323.
Easy step to join us now
Register with Us
Fill in your personal details and open your investment account with ease
Choose your Funds
Select the investment fund that fits your goals
Invest Now
Let our team of professionals handle and grow your investments for you
Control Your Investments Digitally
Monitor your investment performance anywhere, anytime. KIAM`s platform is designed to provide complete convenience and transparency
A Fund for Every Investor
Monitor your investment performance anywhere, anytime. The KIAM platform is designed to provide complete convenience and transparency
Our Commitment To You
Shariah Compliant
Every investment is carefully reviewed and approved by our experienced Shariah advisors
Professionally Managed
Professionally managed by season asset managers with extensive industry experience
Fully Transparent and Continuously Monitored
Access fund reports, performance updates, and risk information anytime, 24/7, via our digital platform
Certified by the KIAM Shariah Advisory Council
Every KIAM investment undergoes thorough review and certification by our Shariah Advisory Council — a panel of respected experts in Islamic finance and Shariah law
Dato ' Setia Jaya, Dato ' Paduka Sheikh Hasbullah Bin Haji Abd Halim
Dato’ Wira Sheikh
Yahaya Bin Haji Jusoh
Prof Dr. Md Amin Bin
Abdul Rahman
Dr Abdul Rahman
Bin A Shukor
Our Funds
Amanah Saham Kedah (ASK)
Kedah Islamic Asset Management Berhad
Stay Informed With Us
Explore expert insights on Shariah matters, Islamic economics, and the halal industry
Author KIAM • 02 Jul 2026
Keahlian Gim Anda Sebenarnya Sedang Mengajar Anda Cara Menjadi Kaya
Setiap kali masuk tahun baharu, gimnasium pasti penuh. Kasut sukan baharu. Pakaian senaman baharu. Azam baharu. Tetapi menjelang bulan Mac, kebanyakan mesin senaman mula lengang. Ramai yang sudah berhenti. Menariknya, dunia pelaburan juga tidak banyak bezanya. Apabila pasaran saham sedang rancak, semua orang mahu menjadi pelabur. Apabila harga saham naik, ramai takut tertinggal peluang (Fear […]
Author KIAM • 03 Jun 2026
Kenapa Ramai Rakyat Malaysia Masih Melakukan Kesilapan Dalam Pelaburan
Satu perkara yang saya perhatikan tentang rakyat Malaysia bila bercakap tentang pelaburan — ramai mahukan hasil terlalu cepat. Kita hidup dalam budaya di mana ramai orang sering bertanya:“Berapa cepat boleh untung?”“Berapa lama boleh gandakan duit?”“Boleh dapat pendapatan bulanan terus tak?” Tetapi jarang sekali orang bertanya: “Bagaimana saya boleh bina kekayaan secara perlahan dalam tempoh 20 […]
Author KIAM • 29 May 2026
Melabur Dalam Unit Amanah: Perlahan-Lahan Pun Boleh Menang
Bila orang dengar perkataan “pelaburan”, ramai terus terfikir tentang saham, kripto, forex atau cara cepat kaya dalam masa singkat. Tapi sebenarnya, bagi kebanyakan rakyat Malaysia biasa, membina kekayaan selalunya datang daripada sesuatu yang lebih mudah — konsisten dan sabar. Di sinilah unit amanah memainkan peranan. Pelaburan unit amanah sudah lama wujud dan masih menjadi antara […]
Net Asset Value
As of Date: 18 July 2026
Amanah Saham Kedah (ASK)
NAV Value: 0.3600
Make Smart Financial Choices:
Invest Wisely, Invest The Halal Way
Join a community of smart investors and grow your assets with proven strategies.