1. Apakah itu Tabung Amanah Saham Kedah?
Tabung Amanah Saham Kedah adalah tabung ekuiti yang berteraskan Syariah dan merupakan tabung pendapatan dan pertumbuhan.
2. Apakah objektif pelaburan Tabung Amanah Saham Kedah?
Untuk memberikan pelabur suatu pelaung peningkatan modal dan pengagihan pendapatan melalui pelaburan yang berteraskan prinsip Syariah pada tahap risiko yang munasabah.
3. Apakah Tabung Amanah Saham Kedah hanya boleh dibeli oleh orang Kedah sahaja?
Semua Bumiputera Malaysia berumur 18 tahun ke atas atau syarikat/institusi milik Bumiputera boleh membeli unit Tabung Amanah Saham Kedah.
4. Di manakah Tabung Amanah Saham Kedah membuat pelaburannya?
Polisi umum pelaburan Tabung Amanah Saham Kedah ialah membuat pelaburan patuh Syariah di dalam pasaran ekuiti dan selebihnya di dalam pasaran wang tempatan.
5. Siapakah pihak yang terlibat dalam mengawal selia operasi Tabung Amanah Saham Kedah?
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia
CIMB Islamic Trustee Berhad selaku Pemegang Amanah
PKF PLT selaku Juruaudit & Akauntan Melapor.
6. Siapakah pengurus dana yang bertanggungjawab ke atas pengurusan pelaburan Tabung Amanah Saham Kedah?
KAF Investment Funds Berhad (KAF) telah dilantik sebagai Pengurus Dana Luaran yang bertanggungjawab ke atas pengurusan pelaburan Tabung Amanah Saham Kedah. KAF dilantik berkuatkuasa 15 Mac 2018 dan mereka bertanggungjawab ke atas pengurusan asset, pemilihan pelaburan dan perlaksanaan keputusan pelaburan. Para pelabur boleh merujuk di dalam prospektus Tabung Amanah Saham Kedah yang boleh diakses di laman web KIAM untuk keterangan yang lebih lengkap dan terperinci.
7. Apakah risiko-risiko yang pelabur perlu tahu sebelum melabur di dalam Tabung Amanah Saham Kedah?
Terdapat risiko-risiko umum dan khusus yang perlu diberi perhatian oleh para pelabur. Para pelabur boleh merujuk di dalam prospektus Tabung Amanah Saham Kedah yang boleh diakses di laman web KIAM untuk keterangan yang lebih lengkap dan terperinci.
8. Bilakah tahun kewangan Tabung Amanah Saham Kedah?
Pada 28 atau 29 Februari setiap tahun.
9. Apakah polisi pengagihan pendapatan Tabung Amanah Saham Kedah?
Pengagihan pendapatan (sekiranya ada) biasanya diisytihar sekali setahun pada akhir Februari atau awal Mac dan dibayar pada penghujung April sama ada dalam bentuk agihan tunai dan/atau pengujudan unit-unit tambahan. Para pelabur boleh merujuk di dalam prospektus Tabung Amanah Saham Kedah yang boleh diakses di laman web KIAM untuk keterangan yang lebih lengkap dan terperinci.
10. Bilakah kali terakhir pengagihan pendapatan Tabung Amanah Saham Kedah dibuat?
Pengagihan pendapatan kali terakhir dibuat bagi tahun kewangan berakhir 28 Februari 2018, iaitu pada kadar 2 sen seunit.
11. Mengapa tiada lagi pengagihan pendapatan Tabung Amanah Saham Kedah dibuat selepas itu?
Ini adalah sebahagian daripada strategi pengurus Tabung Amanah Saham Kedah untuk pengukuhan harga unit.
12. Apakah caj-caj yang dikenakan ketika membeli dan menjual balik unit Tabung Amanah Saham Kedah?
Caj jualan sebenar ditentukan oleh Pengurus dari semasa ke semasa pada kadar tidak melebihi 5% daripada NAB seunit, manakala caj belian balik pada kadar tidak melebihi 2% daripada NAB seunit serta tidak melebihi 5 sen seunit. Para pelabur boleh merujuk di dalam prospektus Tabung Amanah Saham Kedah yang boleh diakses di laman web KIAM untuk keterangan dan cara pengiraan yang lebih lengkap dan terperinci.
13. Bagaimana pelabur hendak membeli unit Tabung Amanah Saham Kedah?
Pelabur dikehendaki mengisi borang permohonan yang disertakan bersama prospektus dan boleh juga didapati secara percuma di pejabat KIAM. Bagi pelabur yang tidak boleh hadir ke pejabat KIAM, boleh menelefon kami di talian 04-7300323 dan kami akan mengirimkan borang permohonan dan prospektus melalui pos. Para pelabur boleh merujuk di dalam prospektus Tabung Amanah Saham Kedah yang boleh diakses di laman web KIAM untuk keterangan yang lebih lengkap dan terperinci.
14. Bagaimana pelabur hendak menjual balik unit Tabung Amanah Saham Kedah?
Pelabur perlu mengisi Borang Permohonan Belian Balik yang terdapat di belakang sijil atau penyata pelaburan dan mengemukakan kepada KIAM. Pengurus akan memproses belian balik unit mengikut harga belian balik pada hari permohonan diterima. Para pelabur boleh merujuk di dalam prospektus Tabung Amanah Saham Kedah yang boleh diakses di laman web KIAM untuk keterangan yang lebih lengkap dan terperinci.
15. Bagaimana pelabur hendak melaksanakan hak tempoh bertenang selepas pembelian unit Tabung Amanah Saham Kedah?
Pelabur berhak menarik balik pelaburan mereka melalui urusniaga pertama pembelian unit yang telah dilakukan dalam tempoh 6 hari perniagaan dari tempoh permohonan serta pembayaran wang pelaburan diterima oleh Pengurus atau dari Tarikh permohonan diterima melalui faks, dengan syarat permohonan rasmi serta pembayaran diterima kemudian dalam tempoh 3 hari. Jika pembayaran dibuat dengan cek, hak tempoh bertenang hanya dianggap terlaksanan setelah cek tersebut jelas.
Para pelabur boleh merujuk di dalam prospektus Tabung Amanah Saham Kedah yang boleh diakses di laman web KIAM untuk keterangan yang lebih lengkap dan terperinci.
16. Bolehkah unit Tabung Amanah Saham Kedah dipindah milik?
Unit-unit boleh dipindah milik. Kedua-dua pemindah milik (pemegang unit) dan penerima pindah milik hendaklah mengisi borang pindah milik bersama-sama sijil atau penyata pelaburan. Pindah milik unit boleh juga dibuat atas sebab kematian dan proses dibuat berdasarkan pegangan unit si mati. Para pelabur boleh merujuk di dalam prospektus Tabung Amanah Saham Kedah yang boleh diakses di laman web KIAM untuk keterangan yang lebih lengkap dan terperinci.
17. Adakah KIAM membayar zakat pelaburan bagi pihak para pelabur Tabung Amanah Saham Kedah?
Untuk makluman, KIAM selaku Pengurus kepada Tabung Amanah Saham Kedah tidak membuat pembayaran zakat pelaburan bagi para pelabur Tabung Amanah Saham Kedah. Kewajipan membayar zakat adalah terletak ke atas para pelabur sendiri. Walau bagaimanapun, para pelabur boleh menghubungi KIAM untuk mendapatkan maklumat pelaburan masing-masing bagi tujuan pengiraan zakat pelaburan. Para pelabur juga dinasihatkan merujuk terus kepada Lembaga Zakat di negeri masing-masing bagi mendapatkan bantuan berhubung kaedah pengiraan dan pembayaran yang tepat.
18. Bagaimanakah prestasi lampau Tabung Amanah Saham Kedah?
Para pelabur boleh mendapatkan rekod prestasi lampau Tabung Amanah Saham Kedah dengan merujuk kepada Lembaran Serlahan Produk terkini di laman web KIAM untuk maklumat yang lengkap dan terperinci.
19. Bagaimana pelabur boleh mendapatkan maklumat perkembangan Tabung Amanah Saham Kedah?
Para pelabur boleh memperolehi maklumat Tabung Amanah Saham Kedah melalui Laporan Tahunan dan Laporan Pertengahan Tahun yang boleh diakses melalui laman web KIAM. Laporan Tahunan dikeluarkan dalam tempoh dua bulan selepas berakhir tahun kewangan Tabung Amanah Saham Kedah pada 28 atau 29 Februari setiap tahun. Manakala Laporan Pertengahan Tahun dikeluarkan dalam tempoh dua bulan selepas pertengahan tempoh perakaunan pada 31 Ogos setiap tahun. Para pelabur boleh memohon bagi mendapatkan laporan-laporan dalam bentuk bercetak daripada Pengurus.
20. Siapa yang patut dihubungi untuk melaporkan sebarang aduan?
Bagi penyelesaian pertikaian dan aduan, para pelabur boleh menghubungi pejabat KIAM sebagaimana tertera di dalam laman web kami. Sekiranya tidak berpuashati dengan keputusan Pengurus, sila majukan pertikaian anda ke :
Pusat Penyelesaian Pertikaian Industri Sekuriti (SIDREC)
Jabatan Pengaduan & Hal Ehwal Pelabur Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC)
Biro Aduan Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM)
Para pelabur boleh merujuk kepada Lembaran Serlahan Produk terkini di laman web KIAM untuk mendapatkan nombor telefon, faks, email dan alamat surat menyurat yang lengkap dan terperinci.