Pengurusan Portfolio

Perkhidmatan pengurusan pelaburan berlandaskan Syariah untuk institusi, agensi dan badan korporat.

Sejak tahun 2007, Kedah Islamic Asset Management Berhad (KIAM) telah menawarkan perkhidmatan pengurusan portfolio pelaburan kepada pelbagai institusi, agensi kerajaan serta badan korporat.

Portfolio ini meliputi dua cabang utama iaitu pelaburan ekuiti dan pelaburan pasaran wang. Kedua-duanya diurus secara profesional oleh Pengurus Dana Luar yang berpengalaman luas serta berkeupayaan menjana pulangan yang kompetitif.

Setiap pengurus dana yang dilantik telah melalui proses penilaian terperinci dari aspek profil dan prestasi, bagi memastikan pulangan yang diperoleh selaras dengan dasar dan garis panduan Syariah yang ditetapkan oleh KIAM.

Selain itu, semua pelaburan yang ditawarkan adalah sepenuhnya patuh Syariah dan halal. KIAM amat menitikberatkan ketelasan, amanah serta profesionalisme dalam setiap urusan yang dijalankan, sekali gus memperkukuh keyakinan pelabur serta meningkatkan prestasi portfolio dari semasa ke semasa.

Pengurusan Dana Berlesen

Diurus Oleh Pengurus Dana Luar Yang Bertauliah.

Pelaburan Ekuiti & Pasaran Wang

Diversifikasi Portfolio Yang Stabil Dan Kompetitif.

Patuh Syariah & Halal

Setiap Pelaburan Disemak Mengikut Hukum Syariah.

Consultation Meeting