Laman Utama

Tabung Amanah Saham Kedah (ASK) dilancar pada 27 Februari 1995 oleh YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Tabung ASK merupakan Amanah Saham yang berteraskan Syariah.Matlamat Tabung ASK ialah menyediakan satu mekanisma pelaburan yang berkesan berteraskan Syariah bagi meningkatkan dan menggerakkan simpanan dan tabungan dari sejumlah besar masyarakat Bumiputera serta membolehkan mereka untuk turut serta dalam pasaran modal dan seterusnya berpeluang untuk bersama-sama menikmati agihan kekayaan negeri dan negara secara lebih adil dan saksama.

Tabung ASK diuruskan oleh Kedah Islamic Asset Management Berhad (KIAM) yang mana dahulunya dikenali sebagai Amanah Saham Kedah Berhad.

Risiko Pemakluman Melalui Internet

Pelabur dinasihatkan untuk memahami risiko-risiko bagi sebarang maklumat yang dipaparkan melalui internet secara amnya dan di dalam laman web KIAM secara khususnya.

Sila hubungi kami atau ikuti berita mengenai produk kami di media sosial.

Pelabur dinasihatkan agar memahami risiko yang berkaitan dengan maklumat di internet. Kami tidak akan meminta maklumat peribadi melalui laman web kami.

Kami akan menghubungi pelabur secara langsung untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Pelabur harus berhati-hati dan tidak membalas sebarang mesej yang meminta maklumat peribadi melalui internet. Jika anda menerima mesej mencurigakan yang didakwa berasal dari KIAM, sila semak dengan kami.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh menghubungi kami di nombor www.wasap.my/60146628786 melalui aplikasi WhatsApp.

Pelabur dinasihatkan untuk tidak membalas sebarang mesej yang meminta maklumat peribadi anda melalui internet atau laman web KIAM. Pelabur juga disarankan untuk memeriksa dengan kami mengenai sebarang mesej yang mencurigakan yang diterima kononnya daripada KIAM dengan menghubungi kami di nombor telefon yang disediakan.

Keperluan Membayar Zakat

Untuk makluman, KIAM selaku Pengurus kepada Tabung ASK tidak membuat pembayaran zakat pelaburan bagi para pelabur Tabung ASK.  Kewajipan membayar zakat adalah terletak ke atas para pelabur sendiri.  Walau bagaimanapun, para pelabur boleh menghubungi KIAM untuk mendapatkan maklumat pelaburan masing-masing bagi tujuan pengiraan zakat pelaburan.  Para pelabur juga dinasihatkan merujuk terus kepada Lembaga Zakat di negeri masing-masing bagi mendapat bantuan berhubung kaedah pengiraan dan pembayaran zakat pelaburan yang tepat.  Harap maklum.